Sunday, August 15, 2010

:: LABU KUNING GORENG ::


Bahan-bahan:

1 biji labu kuning sederhana besar | direbus dan dipotong dadu

150gm udang sederhana besar

2 biji cili merah | dibelah dua dan buang bijinya

2 ulas bawang putih

1sm halia

5 ulas bawang merah | dihiris

1 sudu teh serbuk kunyit

2 tangkai daun kari

4 sudu makan minyak masak

Garam secukup rasa


Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk bersama cili merah hingga naik baunya.

2. Masukkan daun kari, serbuk kunyit serta udang. Kacau hingga rata.

3. Kemudian masukkan labu yang direbus sekejap dan biarkan masak hingga sebati.

4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment