Wednesday, August 11, 2010

:: IKAN SEPAT MASIN SAMBAL PETAI ::


Bahan-bahan:

300gm ikan sepat masin | dipotong jejari

100gm isi petai

100gm cili merah/hijau

100gm cili kering

100gm bawang merah

50gm bawang putih

25cm halia

2 helai daun cekur

2 sudu makan air asam jawa

Minyak masak secukupnya

Lada putih secukupnya

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng ikan sepat masin sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak masak sekali lagi. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

3. Selepas itu masukkan bahan-bahan kisar yang lain. Tumis hingga naik minyak.

4. Kemudian masukkan air asam jawa, isi petai, cekur, lada putih, garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan ikan masin yang telah digoreng dan gaul perlahan-lahan

6. Apabila siap buangkan minyak daripada tumisan, angkat dan hidangkan.

7. Sedia dinikmati dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment