Wednesday, August 11, 2010

:: IKAN PARI MASIN BERLADA ::


Bahan-bahan:

200gm ikan pari masin | dipotong kecil dan direndam air selama 30 minit

200gm cili merah

100gm bawang besar

40gm bawang putih

2.5cm halia

1.5cm lengkuas

Minyak masak secukupnya




Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng ikan pari masin sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali sekali lagi. Tumiskan bahan bahan kisar hingga naik bau.

3. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan ikan pari masin yang telah digoreng dan gaulkan hingga rata.

5. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment