Wednesday, August 11, 2010

:: KARI IKAN MASIN TERUNG BULAT ::


Bahan-bahan:

5 ekor ikan cencaru masin

100gm rempah kari

3 tangkai daun kari

1 sudu makan rempah ketumbar

1 sudu makan serbuk jintan manis

5 biji tomato

4 biji terung bulat

5 biji cili merah | dibelah 2

100gm asam jawa | ambil air nya

2 liter air

Garam secukup rasa

Minyak masak secukupnya

Bahan-bahan (dikisar):

150gm bawang merah

100gm bawang putih

5cm halia

Cara memasak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan daun kari sekejap kemudian masukkan bahan- bahan kisar. Tumis sehingga kekuning-kuningan.

2. Selepas itu masukkan rempah kari, rempah ketumbar dan serbuk jintan manis. Kacau rata dan tumis lagi sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan air. Kacau hingga rata dan masukkan air asam jawa dan terung bulat biarkan mendidih sekejap.

4. Masukkan ikan asin cencaru dan cili merah,tomato kemudian masak dengan api perlahan.


No comments:

Post a Comment