Wednesday, August 11, 2010

:: ASAM PEDAS IKAN PARI ::


Bahan-bahan:
500gm ikan pari
5 biji kacang bendi
1 biji terung panjang
2 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 batang serai
10ml air asam jawa
4 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
1 liter air


Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
2.5cm belacan


Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Kacau dan biarkan mendidih.
3. Selepas itu perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Masukkan kacang bendi, terung panjang, serai dan daun kesum.
5. Apabila mendidih, masukkan ikan dan biarkan seketika.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment